Pages

Pejabat Residen Betong

Tempat setempat pentadbiran kerajaan di Betong Sarawak. Bagaikan mini putrajaya

Medan Betong

Dinamakan kerana terdapat Supermarket Medan, Hotel Medan dan KFC

Stesen Bas Express Betong

Tempat dimana bas express menghantar penumpang. Tapi teksi tiada di sini.

Masjid Jamek Betong.

Tempat umat Islam menunaikan ibadah.

Mercu tanda bandar betong.

Terletak betul-betul di tengah-tengah bandar lama, di hadapan Betong Plaza Hotel.

Saturday, February 9, 2013

Selamat Datang ke Betong Sarawak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Buat semua pengunjung blog ini, selamat datang diucapkan kepada anda kerana sudi berkunjung seketika ke sini. Blog ini dibuat hanyalah sekadar ingin berkongsi tentang satu daerah bernama Betong Sarawak, dimana tempat saya ditugaskan berkhidmat sebagai pendidik di sini. Terus terang saya ingin katakan, saya bukan berasal daripada Betong, atau mana-mana daerah lain di Sarawak, saya berasal daripada Muar, Johor. Ditugaskan sebagai Guru di MRSM Betong, bermula pada 1 Januari 2013.

Bagi orang Semenanjung Malaysia, yang mendapat tawaran berkhidmat di Betong Sarawak, saya ingin menyatakan di sini, usahlah takut untuk datang ke sini. Walaupun saya berada di sini baru sebulan, tetapi saya mula menyukai tempat ini. Betong merupakan satu daerah yang aman, sesuai bagi mereka yang inginkan satu tempat kerja yang bebas daripada kesesakan lalu lintas, persekitaran alam sekitar yang nyaman, tidak panas, dan penuh dengan pemandangan pokok-pokok yang subur menghijau.

Saya mula melapor diri di MRSM Betong pada 31 Disember 2012, dan saya tiba di Betong pada 29 disember 2012. Sejujurnya, saya tidak punya sesiapa, rakan, taulan ataupun saudara-mara semasa tiba di Betong Sarawak. Namun begitu, masyarakat di sini amat ramah mesra, dan saya mula membina persaudaraan bersama orang-orang Melayu di Betong. 

Saya akan terus mem"blog"ing tentang bandar Betong di Sarawak ini. dan diharap, anda semua dapatlah mengambil maklumat-maklumat yang penting daripada apa yang saya blog di sini. Akhir kata, untuk 1st posting saya, saya ingin katakan:

SELAMAT DATANG KE BETONG, SARAWAK!